Sunday, June 13, 2010

bikers nite

Pada 11/6/2010 bertempat di Intekma Resort Shah Alam, Dallaz Bikers telah menganjurkan bikers nite bersempena pembukaan World Cup. Jadi aku pun tak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat motorsikal berkuasa tinggi ini.

Selepas solat Magrib aku bertolak ke Shah Alam seorang diri dari Port Dickson. melalui Seremban Port Dickson Highway aku keluar di exit Lukut/Sepang dan melalui jalan dalam menuju ke Sepang. Dari Sepang aku ikut Lebuhraya KLIA- Shah Alam.masa ni aku bawak pada kelajuan lebih kurang 130km/h je sebab angin terlalu kuat dan aku tidak memakai 'riding jacket' seperti kebiasaan. Aku keluar dari highway ni melalui exit Shah Alam/Batu Tiga. Kemudian aku terus shoot ke Intekma Resort Shah Alam yang terletak di Seksyen 7. Aku tau tempat ni sebab tahun lepas aku pernah menginap di sini selama 2 minggu sebelum kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia selaku jurulatih Hoki Wanita Pasukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia.

Aku tiba lebih kurang jam 8.30 malam....aku antara yang terawal sampai..sampai sahaja aku pun register nama kat kaunter pendaftaran. Bayaran RM20 dikenakan pada setiap bikers. Door gift dari pihak tuan tanah berupa 'key' untuk diikat dikepala dengan logo bikers nite. Welcome drink pulak memang menarik....Jus tembikai dan teh tarik....lalu dekat kawasan untuk mengambil wwlcome drink ni aku tengok cukup banyak variasi makanan.....lebih dari berbaloi dengan apa yang aku bayar...Owh...lupa nak bagi tau yang bikers nite ini juga dibuat untuk membantu seorang ibu tunggal yang kehilangan suami...



No comments:

Post a Comment