Tuesday, September 21, 2010

Berhari Raya di SIC 14/9/2010

Pada hari raya Aidiliftri tahun ini merupakan hari raya yang agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya...kalau tahun lepas aku beraya bersama puteri kesayangan aku Nur Azfar Hani...tahun ini pun masih yang sama cuma lewat sedikit jer...tapi kelainan yang aku nak cerita di sini ialah tahun in iaku beraya di rumah terbuka di Sepang International Circuit (SIC)...Aku pergi rumah terbuka ni bersama 2 orang rakan...Yang menariknya kalau nak datang rumah terbuka ni kena pakai suit perang a.k.a suit keselamatan....Maklumlah kan sebab beraya kat trek SIC...keselamatan penting lah kan...

Aku sampai lebih kurang jam 3.00 petang dengan Apisz (z750-2008) dan Ed (er6n-2009)...selepas isi minyak kat Petronas berhampiran SIC..Sampai je kat parking dalam paddock SIC ni aku terus setting apa yang patut kat motor aku (buka side mirror, check pressure angin tayar)...ops lupa lak nak bagi tau yang cuaca pata petang tu panas terik dan sesuai la untuk beraya di trek...

Bila Siren berbunyi dan lampu hijau menyala bermulalah acara 'melayan'....air yang dihidangkan pula air mineral dan 100 Plus...selama lebih kurang 2 jam juga lah 'BERAYA' dalam trek....puas hati juga lah petang tu...dapat jumpa kawan-kawan baru dan mempelajari perkara-perkara baru masa 'BERAYA' kat SIC ni...

Sedikit gambar untuk tatapan semua.....






Thursday, September 9, 2010

Bersahur di Genting??versi 3/9/2010

Tahun ni memang lain dari yang lain....aku bersahur kat genting dua kali tahun ni...tapi kali kedua ni tak dirancang....mulanya aku berbuka puasa dengan budak-budak PROCC N9 di Nilai....lama sangat tak jumpa diorang ni...bercambah la ahli PROCC N9....ada yang aku baru jumpa masa berbuka hari tu....

Selepas selesai berbuka, aku un gerak ke Shah Alam untuk berjumpa Epan....macam biasa la....rakan ride aku....cadangnyer nak pergi ke rumah Feroz di Bukit Beruntung malam tu...tapi bila telefon Feroz dia ada urusan yang tidak dapat dielakkan.....

Aku ngan epan RV kat Shell Batu Tiga yang dulunya stesen minyak Projet yang terletak seberang Politeknik Shah Alam....setelah berbincang kami slow ride ke Genting Highland....bertolak hampir jam 9 malam dan tiba di Genting lebih kurang 10.30 malam....bawak slow jer(heheh)...

tapi tak sangka genting malam tu penuh dengan kabus...sejuk sangat malam tu....jarak pengelihatan pun tak jauh....kami epak samapai jam 1 pagi lebih kurang dan bergerak turun sebab tak tahan sejuk....makin lama makin banyak kabus....kami turun dari genting dengan jarak pengelihatan lebih kurang 10 meter sahaja...amat merbahaya ketika itu...tai Alhamdulillah kami selamat tiba kat bawah dengan selamat...malam itu aku lepak kay umah Epan samapai ke pagi sebelum aku ke kelas di UTM Semarak untuk kelas EMT yang bermula jam 9.00 pagi....

sedikit gambar meceritakan keadaan di sana...










Monday, September 6, 2010

Bersahur di genting??versi 26/8/2010

Pada bulan puasa tahun 2010 ni agak berlainan sedikit.....selalunya aku bersahur di rumah.....tapi entah kenapa tahun ni aku rasa nak bersahur lain daripada yang biasa aku buat sebelum ni.....maklumlah sekarang bersahur sorang-sorang.....ujung minggu jer dapat bersahur dengan family aku kat banting bersama anak tersayang......hari biasa aku bersahur sorang-sorang....oleh kerana sahabat karib aku balik dari offshore (Schlumberger) bulan puasa ni aku dengan selambanya mengajak kawan aku ni bersahur kat tempat yang jarang orang sahur.....GENTING HIGHLAND.....

Tepat jam 9.00 malam a.k.a lepas waktu isyak aku bergerak ke Petronas Lingkaran Karak sebelum masuk ke highway Karak.....lebih kurang jam 10 malam sampai aku kat situ bersama soerang rakan (Epanz)....kemudian menunggu seorang lagi rakan (Feroz) yang lewat sikit sebab tidurkan hero dia dulu (contoh bapa mithali ni)....

Feroz sampai lebih kurang jam 10.30 malam....selepas selesai isi minyak kami memulakan perjalanan untuk mendaki Genting Highland pada waktu malam.....perkara yang tak pernah aku buat seumur hidup aku....layan lap 'tak hengat dunia' sampai 2 kali 'overshoot'.......maklumlah...beginner la katakan......sampai kat sana lepak kat OLDTOWN..... makan roti je pun....bila sampai bawah balik baru la sahur yang betul.....ni antara gambar yang sempat dirakam pada waktu itu...


motorku di petronas lingkaran karak

kiri tu feroz.....yang kanan epanz....

aku bersama motorku dan dua lagi kuda plastik yang menerjah kesejukan malam di genting highland