Wednesday, December 8, 2010

Berhari raya bersama orang 'istimewa'

Pada 28/10/2010 N9 Bikers telah dijemput untuk meraikan kanak-kanak 'istimewa' di sebuah sekolah di Senawang. Aku telah dijemput oleh salah seorang ahli N9 Bikers untuk sama-sama meraikan mereka yang istimewa. Jadi aku tidak menolak satu pelawaan yang agak baik ni...

Selepas waktu magrib lebih kurang jam 7.30 malam aku dan Wak telah bergerak dari rumah...Ops lupa lak nak bagi tau yang Wak ni jiran sebelah rumah aku dan dia lah yang menjemput aku sebenarnya....lebih kurang jam 8.00 malam aku RV di Shell Paroi sementara menanti rakan-rakan lain...Lebih kurang jam 8.30 malam kami bergerak ke sekolah tersebut...Rupa-rupanya ada perkhemahan dalam sekolah tersebut...Setibanya kami di sana kami disambut oleh guru-guru sekolah tersebut...

Kenapa aku asyik bagi tahu sekolah tersebut dan bukan nama sekolah tu?Biarlah jadi rahsia aku...So berbalik pada masa kami disambut tadi....kami telah dijemput untuk menjamu selera...Makanan yang disediakan amat menyelerakan....terima kasih kepada cikgu-cikgu sekolah tersebut kerana menyediakan makanan yang sedap-sedap....

Selepas menjamu selera kami telah membawa kanak-kanak istimewa berjalan-jalan disekeliling taman perumahan di sekitar sekolah tersebut...selepas beberapa round berjalan-jalan....kami dijamu semula dengan makanan yang enak....lepas makan kami dibekalkan dengan goodies untuk dibawa pulang....

Sedikit gambiran untuk tatapan...cuma dua keping je pun yang sempat di'snap'...


Tuesday, September 21, 2010

Berhari Raya di SIC 14/9/2010

Pada hari raya Aidiliftri tahun ini merupakan hari raya yang agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya...kalau tahun lepas aku beraya bersama puteri kesayangan aku Nur Azfar Hani...tahun ini pun masih yang sama cuma lewat sedikit jer...tapi kelainan yang aku nak cerita di sini ialah tahun in iaku beraya di rumah terbuka di Sepang International Circuit (SIC)...Aku pergi rumah terbuka ni bersama 2 orang rakan...Yang menariknya kalau nak datang rumah terbuka ni kena pakai suit perang a.k.a suit keselamatan....Maklumlah kan sebab beraya kat trek SIC...keselamatan penting lah kan...

Aku sampai lebih kurang jam 3.00 petang dengan Apisz (z750-2008) dan Ed (er6n-2009)...selepas isi minyak kat Petronas berhampiran SIC..Sampai je kat parking dalam paddock SIC ni aku terus setting apa yang patut kat motor aku (buka side mirror, check pressure angin tayar)...ops lupa lak nak bagi tau yang cuaca pata petang tu panas terik dan sesuai la untuk beraya di trek...

Bila Siren berbunyi dan lampu hijau menyala bermulalah acara 'melayan'....air yang dihidangkan pula air mineral dan 100 Plus...selama lebih kurang 2 jam juga lah 'BERAYA' dalam trek....puas hati juga lah petang tu...dapat jumpa kawan-kawan baru dan mempelajari perkara-perkara baru masa 'BERAYA' kat SIC ni...

Sedikit gambar untuk tatapan semua.....






Thursday, September 9, 2010

Bersahur di Genting??versi 3/9/2010

Tahun ni memang lain dari yang lain....aku bersahur kat genting dua kali tahun ni...tapi kali kedua ni tak dirancang....mulanya aku berbuka puasa dengan budak-budak PROCC N9 di Nilai....lama sangat tak jumpa diorang ni...bercambah la ahli PROCC N9....ada yang aku baru jumpa masa berbuka hari tu....

Selepas selesai berbuka, aku un gerak ke Shah Alam untuk berjumpa Epan....macam biasa la....rakan ride aku....cadangnyer nak pergi ke rumah Feroz di Bukit Beruntung malam tu...tapi bila telefon Feroz dia ada urusan yang tidak dapat dielakkan.....

Aku ngan epan RV kat Shell Batu Tiga yang dulunya stesen minyak Projet yang terletak seberang Politeknik Shah Alam....setelah berbincang kami slow ride ke Genting Highland....bertolak hampir jam 9 malam dan tiba di Genting lebih kurang 10.30 malam....bawak slow jer(heheh)...

tapi tak sangka genting malam tu penuh dengan kabus...sejuk sangat malam tu....jarak pengelihatan pun tak jauh....kami epak samapai jam 1 pagi lebih kurang dan bergerak turun sebab tak tahan sejuk....makin lama makin banyak kabus....kami turun dari genting dengan jarak pengelihatan lebih kurang 10 meter sahaja...amat merbahaya ketika itu...tai Alhamdulillah kami selamat tiba kat bawah dengan selamat...malam itu aku lepak kay umah Epan samapai ke pagi sebelum aku ke kelas di UTM Semarak untuk kelas EMT yang bermula jam 9.00 pagi....

sedikit gambar meceritakan keadaan di sana...










Monday, September 6, 2010

Bersahur di genting??versi 26/8/2010

Pada bulan puasa tahun 2010 ni agak berlainan sedikit.....selalunya aku bersahur di rumah.....tapi entah kenapa tahun ni aku rasa nak bersahur lain daripada yang biasa aku buat sebelum ni.....maklumlah sekarang bersahur sorang-sorang.....ujung minggu jer dapat bersahur dengan family aku kat banting bersama anak tersayang......hari biasa aku bersahur sorang-sorang....oleh kerana sahabat karib aku balik dari offshore (Schlumberger) bulan puasa ni aku dengan selambanya mengajak kawan aku ni bersahur kat tempat yang jarang orang sahur.....GENTING HIGHLAND.....

Tepat jam 9.00 malam a.k.a lepas waktu isyak aku bergerak ke Petronas Lingkaran Karak sebelum masuk ke highway Karak.....lebih kurang jam 10 malam sampai aku kat situ bersama soerang rakan (Epanz)....kemudian menunggu seorang lagi rakan (Feroz) yang lewat sikit sebab tidurkan hero dia dulu (contoh bapa mithali ni)....

Feroz sampai lebih kurang jam 10.30 malam....selepas selesai isi minyak kami memulakan perjalanan untuk mendaki Genting Highland pada waktu malam.....perkara yang tak pernah aku buat seumur hidup aku....layan lap 'tak hengat dunia' sampai 2 kali 'overshoot'.......maklumlah...beginner la katakan......sampai kat sana lepak kat OLDTOWN..... makan roti je pun....bila sampai bawah balik baru la sahur yang betul.....ni antara gambar yang sempat dirakam pada waktu itu...


motorku di petronas lingkaran karak

kiri tu feroz.....yang kanan epanz....

aku bersama motorku dan dua lagi kuda plastik yang menerjah kesejukan malam di genting highland

Thursday, August 19, 2010

moto cub prix......heheh

pada bulan julai 2010 aku telah accident ngan sebuah van yang buat U-turn secara tiba-tiba tanpa bagi apa-apa signal or etc.....aku yang membawa motosikal pada kelajuan 60-70km/h pada lorong kanan tak sempat mengelak lalu berserah je melanggar van tersebut....

kejadian ini makin mencepatkan lagi proses penukaran wajah moto kecik aku ni.....aku nekad untuk transform moto aku jadi kaler lain...kaler apa??kaler favourite kenderaan aku la.... hijau... hehehe..... sume kaler kenderaan aku sudah menjadi hijau sekarang..... 'jawahulk' la katakan...kuikuikui.....

ni antara gambar moto kecik aku skang....


Wednesday, July 14, 2010

Ekzos besi la.....

pada 10 julai 2010 aku telah menambah sesuatu dan mengurangkan sesuatu pada motosikal aku...rasanya sudah sampai masa untuk aku upgrade performance moto aku(walau pun sikit sangat)....jadi aku amik keputusan untuk menukar ekzos moto aku....

aku berjaya tambah pickup moto aku (dengan tukar ekzos) dan mengurangkan top speed (dengan tukar ekzos)......ni kata orang la..aku pun tak pernah try berapa top speed moto aku sebenarnya.....takut la nak bawak laju-laju ni......

aku tukar ekzos jenis AHM yang dibuat khas untuk jenis motor aku ni...nak ambik brand lain memang diluar kemampuan kocek aku....so paling kurang berbunyi juga la motor aku berbanding sebelum ni.....kalau tak aku asyik dengar bunyi rantai jer.....heheheh...

aku tukar ekzos kat kedai Ah Ming kat Port Dickson...(Ah Ming kalau baca ni kena bagi aku diskaun lebih sebab promo kedai dia...heheheh...)

-sebelum pemasangan-

-ah ming tengah pasang ekzos-

-dah nak siap-

-my bike with new exhaust-

Thursday, July 1, 2010

my first track day....

Last month (didn't wanna tell the date)....i'll go to SIC to try my bike and my skills.....fuh....cakap omputih lak...kat SIC aku ride ngan epanz(z750) n are_fifth(ferno)....this 2 'otai' teach me a lot in the circuit....here some picture taken by mija(epanz wife) before RV to SIC.....

epanz teach me how to ride....

some discussion before RV.....
get ready.....start your engine....

3 rider....one mission.....heheh

me in suit.....


me n my ride.....
more picture n detail coming up.....



sepit udang aka FORK

pada 28 jun 2010 bermula lah episod baru moto aku.....pada hari tersebut moto aku telah digodek pada bahagian fork untuk dimantapkan lagi.....setting fork ni aku dapat dari rakan-rakan FERNO yang tak sudah2 membincangkan bahagian teknikal untuk moto ER6 ni.....banyak info yang aku dapat dari rakan-rakan FERNO ni....

aku tukar minyak fork ngan buat adjustment pada fork moto aku ni kat bengkel yang agak buruk tapi power dari segi teknikalnya(jangan dipandang pada rupa)......nak tau kat mana???seberang sunway piramid......


minyak fork yang digunakan adalah dari jenis sikolene SAE 30.....extra heavy...so cara menunggang akan rasa sedikit keras di bhagian fork apabila bawa moto....tapi kekerasan tu lan y ang menjadikan penunggangan menjadi lebih stabil disamping mengurangkan risiko tayar makan sebelah yang sering berlaku pada model-model baru ER6 n mahupun F.....


antara gambar yang sempat aku snap semasa minyak fork dan setting fork dibuat....owh lupa....moto Feroz juga buat fork pada hari yang sama....thank to Epanz teman ride buat fork ni....



ni la ah cheng....(old crow) yang tengah sukat n masukkan minyak fork kat fork moto aku....


ah cheng tengah setting kedudukan fork aku ikut setting yang biasa dia buat kat moto ER6 ni....terbaek!!!!

moto Feroz yang mengalami transformasi yang sama ngan moto aku...


meet somebody otai in this business.....MARK aka tubonohayabusa in ferno.....

Friday, June 18, 2010

Kudaku dah dewasa

minggu (10/6/2010) lepas aku berjaya untuk mendewasakan kudaku(motor kesayangan aku ler) setelah di'sunatkan'...heheh....

nampak tak???dah sunat.....

haa....dah nampak kan....

TTS @ The Bikers Planet Puchong


pada 16/6/2010 aku telah menghadiri TTS yang dianjurkan oleh seorang ahli FERNO di Puchong. Memang menjadi kebiasaan geng Ferno ni buat TTS pada hari rabu malam...bagi yang free dan tak buat apa-apa memang diorang datang la....aku macam biasa akan gerak lepas solat maghrib...tapi kali ni aku gerak dari Banting....

Berjanji dengan Annesuhaila dan Ed di Shell Salak Tinggi menghala ke KLIA...aku orang yang sampai paling lewat...huhuh....ketat dah muka Anne masa tu na masa ni lah first time aku jumpa ngan Ed...tokey kedai makan kat Nilai 3....ramah orangnyer....lepas tu kitorang gerak ke Esso bertentangan dengan IOI Mall Puchong untuk menjemput sorang lagi ladies bikers (Flymious) yang dah lama menunggu kitorang...Anne kata bawak dalam 80 km/h jer...tapi dia yang paling laju....melalui short cut aka jalan baru dari Salak Tinggi ke Puchong sambil melihat pemandangan Putrajaya di waktu malam...heheh..(sempat tengok ker kalau dah bawak 130 km/h).....

lepas jumpa Flymious di Mobil Puchong (dekat ngan IOI Mall).....kami gerak ke Bikers Planet ni....stop jap kat Shell kalau tak silap untuk tepon tuan punya kedai n nak tau lokasi sebenar....sambung perjalanan dan sampai satu simpang seorang rakan jemput kami...masa dijemput ti kat simpang 3....so kena buat u turn...ed dengan lajunyer buat u-turn n terus ke arah kedai makan yang dituju...selesai jer u-turn aku toleh ke arah 2 lagi bikers yang nak buat u-turn...tup-tup aku nampak moto flymious tumbang....lock handle masa u-turn la tu....so aku patah balik untuk tolong angkat...aku pun angkat n tegakkan balik moto Flymious n bila dah tegak apa lagi...bergerak la kami ke BIKERS PLANET.....sampai kedai tengok moto Flymious takde keceederaan teruk....just calar slider jer....

Malam tu kami di hidangkan dengan air 'ICE LEMON TEA' secara percuma oleh owner BIKERS PLANET...fuh terubat haus di tekak...aku order spagheti.....pergh layan.....banyak gak geng FERNO yang aku kenal malam tu...yang syok skali ialah GRIM.....tak keirng gusi dibuatnyer.....walau baru first time jumpa macam dah lama berkawan geng-geng FERNO ni......






Sunday, June 13, 2010

bikers nite

Pada 11/6/2010 bertempat di Intekma Resort Shah Alam, Dallaz Bikers telah menganjurkan bikers nite bersempena pembukaan World Cup. Jadi aku pun tak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat motorsikal berkuasa tinggi ini.

Selepas solat Magrib aku bertolak ke Shah Alam seorang diri dari Port Dickson. melalui Seremban Port Dickson Highway aku keluar di exit Lukut/Sepang dan melalui jalan dalam menuju ke Sepang. Dari Sepang aku ikut Lebuhraya KLIA- Shah Alam.masa ni aku bawak pada kelajuan lebih kurang 130km/h je sebab angin terlalu kuat dan aku tidak memakai 'riding jacket' seperti kebiasaan. Aku keluar dari highway ni melalui exit Shah Alam/Batu Tiga. Kemudian aku terus shoot ke Intekma Resort Shah Alam yang terletak di Seksyen 7. Aku tau tempat ni sebab tahun lepas aku pernah menginap di sini selama 2 minggu sebelum kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia selaku jurulatih Hoki Wanita Pasukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia.

Aku tiba lebih kurang jam 8.30 malam....aku antara yang terawal sampai..sampai sahaja aku pun register nama kat kaunter pendaftaran. Bayaran RM20 dikenakan pada setiap bikers. Door gift dari pihak tuan tanah berupa 'key' untuk diikat dikepala dengan logo bikers nite. Welcome drink pulak memang menarik....Jus tembikai dan teh tarik....lalu dekat kawasan untuk mengambil wwlcome drink ni aku tengok cukup banyak variasi makanan.....lebih dari berbaloi dengan apa yang aku bayar...Owh...lupa nak bagi tau yang bikers nite ini juga dibuat untuk membantu seorang ibu tunggal yang kehilangan suami...



Monday, June 7, 2010

south ride

on 6 july 2010 selepas berborak sepetang pada hari sebelumnyer...aku dan member aku (EPANZ) telah bersetuju untuk ride ke selatan tanah air...ada dua option masa berbincang....tapi kitorang TERJAH ke selatan....

jam 8.30 pagi epanz datang ke rumah aku....lepas tu kitorang makan nasi lemak sotong yang famous kat BANTING....(ni tolong promote nasi lemak Banting ni...)....dalam perjalanan gloves Epanz tercicir...so aku ikut balik route yang kitorang lalu mula2 tadi dan dapat jumpa gloves tu....
masa ni tak terpikir nak amik gambar nasi lemak tu...kalo tak kompem terliur korang...

jam 9.30 kitorang mula bertolak dari Banting ke Segamat.....1st pit stop kat Petronas Olak Lempit....tuang minyak secukup rasa n check tayar moto Epanz yang terkena paku...maybe paku tak dalam n terkena kat luar je...so tak pancit tayar tu...so kitorang pun meneruskan perjalanan ke exit Nilai....kuar jer exit Nilai arah Selatan kitorang speed dalam 120km/h jer...nak tengok sama ada ada tak effect kat tayar moto member aku ni...

Owh...lupa nak bagi tau..member aku ni pakai Kawasaki Z750 kaler blue black....exhaust by 25 degree cycle.... bunyi mengaum....bunyi exhaust aku je tak kedengaran.....hehehe....

ni la moto epanz...

sampai kat RnR Senawang kitorang berenti sekali lagi sebab Epanz rasa motor macam goyang belakang...check pressure angin ok lagi...lepas sebatang rokok sambung ride lagi....kali ni speed bertambah dari 120km/h ke 140-150km/h....sedar tak sedar dah sampai exit Tangkak....tengok jam belum kul 12 tengah hari....laju gak yer...tapi tak selaju superbike...hehehe



rest sekejap kat hentian sebelah Senawang


Dari exit Tangkak kitorang shoot ke segamat....apa lagi...layan lap la...layan punya layan jumpa kereta beratur la...dah hilang feel layan corner....tapi pepehal safety come first...sampai kat Jementah ada road block...untung nyer moto besau ni tak kena tahan....tapi kalo aku bawak motor cup kompem kena mintak lesen punya...heheh...sambung lagi perjalanan ke segamat dan samapi ke Segamat lebih kurang jam 12.30 tgh hari....kitorang lepak minum kat medan selera Jln Kg Abdullah sementara tunggu member sampai (Feroz)...member ni pun pakai er6-F kaler putih....

moto feroz (er6-f)-no plet adalah rahsia

dapat tepon dari Feroz jam 12.45 tgh....pastu kitorang gerak ke hospital Segamat....kitorang ke sini sebab nak tengok wife Feroz yang baru bersalin anak pertama beliau....sebelum sampai hospital kitorang isi minyak lagi....rm 20 untuk full tank....ron95 jer....lepak kat spital sampai kul 3 petang sementara tunggu wife Feroz check out dari spital....

kat hospital segamat

selepas dari spital kitorang ke Labis (Felda Redong 1 - Labis).kat sini lah rumah mertua Feroz....borak-borak dan makan tengahari di sini....dalam pukul 5 petang kitorang berangkat ke Muar pulak....

pintu gerbang felda redong 1

sampai Muar kira-kira jam 6.30 petang...(bawak motor santai sambil makan angin....)...sampai kat Muar terus ke Tanjung Emas....ingat nak bantai mee bandung Muar tapi perut masih kenyang selepas makan kat umah Feroz...so beli air minum sambil berasap jer kat sini....

Align Centerbuah durian yang tak pernah dicuri

Epanz mengeluarkan peralatan untuk berasap....

selepas lepak kat Muar kitorang mula gerak untuk balik ke Banting....kitorang menggunakan Lebuh AMJ untuk sampai ke Jasin sebelum keluar ke lebuhraya Utara Selatan....selepas dari exit Simpang Empat Melaka kereta mula bersusun....mula nak jem la tu...dekat dengan Senawang dah mula sesak....nasib baik bawak motor yang mudah untuk cilok....so mencilok lah kitorang di jalan yang sesak ni....satibanya di RNR Seremban kitorang stop sekejap untuk isi minyak....sambil melepaskan asap dari kerongkong yang sedia kering....

nampak tak asap rokok...heheh

dalam masa berehat ada la nampak beberapa bikers lalu kat exit RnR tu sebab kitorang lepak kat exit tu...dah nama pun semangat bikers...lalu je mesti angkat tangan....salut sama semua.....nampak tak BMW 5 series sebelah moto kitorang...owner baru umur 31 tahun...melayu....alhamdulillah...ramai juga orang melayu yang kaya dan member yang pakai BMW nimemang tak sombong sebab dia yang mula tegur kitorang...nak kitorang tegur dia malu la pulak sebab dia pakai BMW....lepas isi minyak dan melepaskan penat sekejap kitorang pun bertolak pulang....sampai di rumah lebih kurang pukul 10.15 malam......

jumpa lagi di lain cerita....chow....